LUBOK ANTU, 31 Mac -- Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh (kiri) ketika berkempen kepada sebahagian penduduk pekan ini sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Dewan Masyarakat Cina di sini, malam tadi. Malcolm, 49, akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat Jawah Gerang, 55, pada hari pengundian 7 April.Pilihan raya itu diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Dublin Unting Inkot pada 24 Feb lepas. Terdapat 8,006 pengundi termasuk 43 pengundi pos di kawasan itu, dengan kira-kira 95 peratus terdiri daripada kaum Iban dan selebihnya adalah Melayu, Cina dan lain-lain. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA