KUCHING, 14 Mac -- Bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh.Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Masing mengesahkan nama Malcolm telah dihantar kepada Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga mengesahkan calon BN bagi DUN itu adalah dari PRS.Bagaimanapun, Abdul Taib pada mesyuarat Jawatankuasa BN Negeri di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Jalan Bako di sini, hari ini memaklumkan calon BN bagi kerusi DUN itu telah dibuat dan pengumuman mengenainya akan dibuat minggu depan.DUN Batang Ai kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari akibat serangan angin ahmar dan koma selama sembilan bulan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA