JOHOR BAHARU, 10 April -- Seorang anggota Penguatkuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor menunjukkan tempat rokok disembunyikan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Hyundai Tuscon yang dirampas menerusi serbuan yang dilakukan di Stulang Datar, pada sidang media oleh Pengarah KDRM, Mhd Subre Ishak di Menara Kastam di sini, hari ini.Sebanyak 63 karton melibatkan 12,600 batang rokok dirampas bernilai RM61,733.75 termasuk cukai dan duti.Pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan yang berumur 32 dan 27 tahun dalam serbuan itu.Siasatan mendapati kesemua rokok yang dibawa masuk itu diikrar sebagai barangan lain bagi mengelak dikenakan cukai.Dalam serbuan lain, pihaknya turut merampas 27,813 karton rokok yang bernilai lebih RM4 juta termasuk cukai dan duti serta menahan dua lelaki yang merupakan ejen penghantaran dalam dua serbuan berasingan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA ].