JOHOR BAHARU, 10 April -- Pengarah Kastam Johor Mhd Subre Ishak (tengah) menunjukkan rokok dan minuman keras yang berjaya dirampas menerusi tiga rampasan berasingan dalam tempoh 24 jam di sekitar bandaraya itu, pada sidang media di Menara Kastam di sini, hari ini.Nilai keseluruhan 27,813 karton rokok putih bernilai lebih RM4 juta termasuk cukai dan duti.Malah pihaknya, turut menahan empat lelaki termasuk dua ejen penghantaran dan siasatan mendapati kesemua rokok yang dibawa masuk itu diikrar sebagai barangan lain bagi mengelak dikenakan cukai.Semua rokok yang dibawa masuk dari Singapura itu adalah jenama baru yang tidak terdapat di negara ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai pasaran rokok itu di negara ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA