KUALA LUMPUR, 11 April -- CERIA ... Adik Cho Jun Yi, 2 tahun, diangkat ibunya, Christina Jeremy untuk merakamkan aksi tarian poco-poco yang dipersembahkan pesakit-pesakit kanser pada Majlis Perhimpunan Tahunan Pesakit Kanser Pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, hari ini.Majlis Perhimpunan Sosial Pediatrik Onkologi kali ke-7 ini diadakan bertujuan untuk meraikan kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser, samada yang sedang menjalani rawatan dan yang telah sembuh sepenuhnya.Pada tahun ini, tema "underwater" telah dipilih sebagai memeriahkan lagi majlis amal ini dan turut mendapat kerjasama ibu-bapa bekas pesakit dan orang perseorangan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.