KOTA BAHARU, 11 April -- JADI TUMPUAN ... Suhaimi Abd Rahman yang lebih dikenali sebagai Amy Search (dua,kiri) bersama rakan seperjuangan, Mohd Zin Ramli atau Renggo, vokalis kumpulan Arrow (kiri) membuat persembahan pada Majlis Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di Perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke IV di sini, hari ini.Amy yang bakal mengadakan konsertnya di sini, pada Jun depan menafikan khabar angin bahawa beliau telah menyertai PAS secara rasmi, sebaliknya kehadirannya membuat persembahan di negeri ini adalah semata-mata atas dasar jemputan.Pada majlis tersebut, Amy turut mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA