KUALA LUMPUR, 14 April -- PENTINGKAN DIRI ... Tinjauan fotoBERNAMA di Jalan Ipoh di sini, mendapati pemilik kereta dan lori ini sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di lorong bas dan teksi, walaupun mengetahui lorong itu dikhaskan untuk pengangkutan awam. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh menyusahkan pemandu bas untuk menurun dan mengambil penumpang.Keadaan ini juga menyusahkan penumpang pengangkutan awam yang sedang menunggu bas dan teksi.Ia akan menjadi lebih teruk pada waktu puncak iaitu sewaktu penumpang berebut-rebut untuk pulang ke rumah masing-masing, ditambah dengan kesesakan jalan raya pada waktu tersebut.Mereka seolah-olah mementingkan diri sendiri dan tidak kisah sekiranya disaman pihak berkuasa . -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA