MELAKA, 16 April -- Pengujung tidak melepaskan peluang melihat dengan lebih dekat kenderaan pelbagai guna (MPV) terbaru Proton, Exora, yang dipamerkan di pusat jualan kereta di Cruseiro Technology di Batu Berendam di sini, hari ini. Tinjauan fotoBERNAMA mendapati, sehingga petang tadi sebanyak 15 buah Proton Exora telah ditempah oleh pelanggan sejak pelancarannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, malam tadi. Exora ditawarkan dalam enam pilihan warna dan dua varian iaitu Hi-Line (sekitar RM75,000), M-line (sekitar RM71,000).Dikuasakan oleh enjin 1.6 Campro CPS, ia mampu menjana kuasa 125 kuasa kuda dengan kuasa terjahan 150 Nm serta diperkasa oleh transmisi automatik Mitsubishi 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA