KUALA LUMPUR, 3 April -- Pesakit luar Hospital Kuala Lumpur tidak melepaskan peluang untuk mengikuti upacara pelantikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri yang keenam yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ketika tinjauan fotoBERNAMA di hospital itu di sini, hari ini.Najib, 55, menerima Fail Meja YAB Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra.Pagi tadi, Mohd Najib mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas menerima Suratcara Pelantikan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA