PUTRAJAYA, 14 April -- Pengarah dan Pegawai Utama Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) Fazlur Rahman Ebrahim ketika menghadiri menandatangani perjanjian Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri antara SJPP dan 44 institusi kewangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini. Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Menteri Kewangan.Kedua-dua skim itu diwujudkan di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua dengan jumlah jaminan RM5 bilion bagi setiap skim untuk membolehkan syarikat-syarikat yang layak mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan bagi meneruskan perniagaan mereka. SJPP diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir dan menguruskan kedua-dua skim itu dan akan memulakan operasinya pada 16 April ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA