CYBERJAYA, 14 April -- Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bersama kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra malam esok.Exora ditawarkan dalam enam pilihan warna dan dua varian iaitu Hi-Line (sekitar RM75,000) M-line (sekitar RM71,000).Dikuasakan oleh enjin 1.6 Campro CPS, ia mampu menjana kuasa 125 kuasa kuda dengan kuasa terjahan 150 Nm serta diperkasa oleh transmisi automatik Mitsubishi 4 kelajuan atau manual 5 kelajuan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA