KUALA LUMPUR, 5 Okt -- Program Perarakan Tanglung Pertengahan Musim Luruh (Mid-Autumn) Tertinggi di negara ini, anjuran Menara Kuala Lumpur (KL), mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya diadakan pada ketinggian 394 Meter (m) dari aras laut, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn Bhd Khairil Faizal Othman berkata program itu bagi memperkenalkan dengan meluas nilai budaya perayaan masyarakat Cina iaitu pesta kuih bulan kepada masyarakat pelbagai kaum.Katanya lebih 150 peserta dan pengunjung hadir memeriahkan acara perarakan tanglung di ruang terbuka serta berpeluang mengabdikan kenangan di Sky Box.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA