LUBOK ANTU, 2 April -- Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh (kanan) melakukan upacara 'miring' sebelum bermulanya Program Gotong-Royong membersihkan sungai bersama penduduk rumah panjang ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batang Ai di Hulu Sungai Jengin, Batang Ai dekat sini, hari ini. Malcolm akan dicabar calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang pada pilihan raya kecil, Selasa depan.Di Batang Ai, jumlah pengundi ialah seramai 8,006 orang (43 pengundi pos), dengan kira-kira 95 peratus terdiri daripada kaum Iban manakala selebihnya adalah Melayu, Cina dan lain-lain. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA