ALOR SETAR, 4 Mei -- PENGHARGAAN ... Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada Mohd Soed Mahmud, 36, (kiri) sempena ambutan Hari Bomba 2009 peringkat kebangsaan di perkarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Hamzah Abu Bakar (dua dari kiri).Mohd Soed menerima sijil itu sebagai tanda penghargaan selepas beliau sanggup mengadaikan nyawa untuk menyelamatkan lima anaknya berusia lima hingga 13 tahun termasuk ibunya berusia 76 tahun dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Pida Lomboh, Simpang Empat, Perlis pada 23 Nov tahun lepas.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA