ALOR SETAR, 4 Mei -- Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin menerima buku berjudul 'Pelan Integriti' dan 'Pelan Strategik' yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Hamzah Abu Bakar (tiga, kiri) sempena sambutan Hari Bomba 2009 peringkat kebangsaan di perkarangan Stadium Darul Aman di sini, hari ini.Kedua-dua buku itu akan menjadi panduan untuk meningkatkan sistem penyampaian jabatan itu selaras dengan matlamat Malaysia menuju era negara maju menjelang 2020.Sebanyak 860 anggota daripada 21 pasukan bomba dan penyelamat dari seluruh negeri menyertai sambutan itu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA