ALOR SETAR, 25 Mei -- LUAHAN HATI ... Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai (dua, kanan) mendengar keluhan daripada wakil penduduk Kampung Tok Bidan, Batu 2 Jalan Langgar selepas rumah mereka diroboh oleh pihak berkuasa ketika mengadakan sidang akhbar di Pejabat Gerakan di sini, hari ini.Dr Cheah turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada enam keluarga apabila lebih 100 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan wakil pemaju bertindak meroboh rumah mereka, semalam.Mereka enggan berpindah kerana mendakwa masih belum mendapat wang pampasan tanah seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dua tahun lalu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA