ALOR SETAR, 25 Mei -- SIMPATI ... Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Derga, Dr Cheah Soon Hai (dua, kanan) menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada Mohd Ridzuan Hassan , 41, (tiga, kiri) selepas mengadakan sidang akhbar di Pejabat Gerakan di sini, hari ini.Mohd Ridzuan dan lima lagi keluarga menerima sumbangan itu apabila lebih 100 anggota penguatkuasa daripada pelbagai agensi termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS) dan wakil pemaju bertindak meroboh rumah mereka dalam satu operasi di Kampung Tok Bidan, Batu 2 Jalan Langgar, semalam.Mereka enggan berpindah kerana mendakwa masih belum mendapat wang pampasan tanah seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar dua tahun lalu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA