KUALA LUMPUR, 6 Mei -- Zainun Abu Bakar mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.Pelantikan Zainun, 56, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun adalah bagi mengisi kekosongan wakil Terengganu.Selain beliau, empat senator baru iaitu Datuk Dr Yeow Chai Tiam, Eg Fook Heng@Ng Fook Heng, Mohd Khalid Mohd dan Zaitun Mat turut dilantik ke jawatan itu sementara Ahmad Husin dilantik semula.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA