KUALA LUMPUR, 20 Mei -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) bersama Pemaisuri Qatar Sheikha Mozah Nasser Al-Missned sempena lawatan rasmi negara Qatar ke Malaysia di sini, hari ini. Pada pertemuan itu, baginda telah menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan negara ini bagi mengembangkan Program Permata Negara yang bertujuan bagi merangsang perkembangan kanak-kanak cerdik.Rosmah berkata mereka juga sepakat untuk bekerjasama dengan negara-negara Islam lain bagi mempertingkatkan pengetahuan masyarakat Barat tentang Islam menerusi fesyen.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA