PETALING JAYA, 30 Mei -- Seorang anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) sedang mengikat bungkusan yang mempunyai cebisan-cebisan anggota mangsa yang ketujuh dan juga merupakan mangsa terakhir kejadian runtuhan bangunan Jaya Supermarket di sini, hari ini.Cebisan mayat mangsa itu ditemui kira-kira 4 petang dan akan dibawa ke Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat serta ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas tiada penemuan dokumen pada mayat.Kejadian kira-kira 5 petang, Isnin lalu berlaku ketika kerja merobohkan bangunan itu sedang dijalankan oleh beberapa pekerja. Runtuhan itu menyebabkan sembilan orang terperangkap termasuk dua orang pekerja mengalami cedera ringan manakala selebihnya maut. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA