PETALING JAYA, 30 Mei -- Seorang anggota pasukan Bomba dan Penyelamat membungkus anggota tangan mangsa ketujuh runtuhan bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di sini, hari ini.Anggota badan yang dijumpai kira-kira 4 petang itu akan dibawa ke Pusat perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat serta ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas tiada penemuan dokumen pada mayat.Kejadian kira-kira 5 petang, Isnin lalu berlaku ketika kerja merobohkan bangunan itu sedang dijalankan oleh beberapa pekerja. Runtuhan itu menyebabkan sembilan orang terperangkap termasuk dua orang pekerja mengalami cedera ringan manakala selebihnya maut. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA