PULAU PINANG, 10 Mei -- Seorang anggota polis memerhatikan kelopak peluru yang dibuang seorang perompak di bawah sebatang pokok berhampiran Kompleks beli- belah Bukit Jambul di sini, malam tadi.Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu seorang pekerja kedai emas berkenaan turut mengalami kecederaan di bahagian kepala dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang perompak.Kejadian berlaku ketika tiga perompak menyerbu masuk ke kedai emas itu dan terus mengacukan senjata api serta mengarahkan semua pekerja memasukkan barang kemas ke dalam beg yang dibawa mereka.Dua lagi rakan lelaki itu bertindak melarikan diri melalui tempat letak kereta di bahagian belakang kompleks berkenaan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA