MELAKA, 13 Mei -- Pegawai Perubatan Hospital Melaka Dr Lye Hwee Zern (kiri) memberi penerangan mengenai wabak disyaki meningitis kepada ibu bapa murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tiang Dua di sini, pada sesi penerangan di sekolah itu hari ini.Sesi penerangan itu diadakan bagi menggelak kebimbangan ibu bapa murid-murid terbabit mengenai wabak itu.Semenjak kelmarin, murid-murid sekolah itu diarahkan tidak lagi memakai topeng kerana sekolah terbabit selamat dan bebas daripada jangkitan bakteria meningitis.Walaupun sekolah itu berdekatan dengan Akademi Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua yang menjadi tempat wabak itu dikesan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan jangkitan itu tidak akan menular kepada orang ramai.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA