PUTRAJAYA, 5 Mei -- Ketua Pegawai Eksekutif Eon Capital, Fozia Amanulla menunjukkan Kad Combi Debit Mastercard yang digunakan untuk perkhidmatan pembayaran zakat selepas pelancaran kad itu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom di Eon Capital Bank cawangan Putrajaya di sini, hari ini.Melalui kad itu, pelanggan boleh membayar zakat secara sekaligus atau ansuran dan segala pembayaran akan didebit daripada akaun pemegang kad akaun simpanan atau semasa melalui baki yang tinggal.Perkhidmatan itu boleh digunakan oleh pembayar zakat di Wilayah Persekutuan sebelum dikembangkan ke seluruh negara.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA