SEPANG, 20 Mei -- Emir Qatar Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani dan Permaisuri Sheikha Mozah Nasser Al- Missned (kiri) melambai ke arah tetamu-tetamu kenamaan sebaik menaiki Qatar Airways di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini.Terdahulu Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani dan rombongannya melakukan kunjungan perpisahan ke atas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani bersama 50 delegasinya tiba di sini, semalam untuk lawatan kerja dua hari yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik sedia ada antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang kerjasama.Ini merupakan lawatan negara pertama Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani ke Malaysia, yang sebelum ini pernah melawat Malaysia pada Oktober 2003 untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA