LABUAN, 5 Mei -- Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal (kanan) melawat Kampung Bebuloh Laut dekat sini, yang dilanda taufan tropika Chan-Hom awal pagi tadi.Sebanyak 16 buah rumah di kampung itu rosak teruk akibat dilanda taufan itu yang melanda Vietnam semalam.Selain kampung Bebuloh, beberapa kampung lain iaitu Kampung Lubok Temiang, Kampung Layang-Layangan, Pohon Batu, Patau-Patau, Manikar dan Membidai, turut dilanda taufan Chan-Hom, tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan.Jabatan Meteorologikal telah mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua dan ombak yang dibawa oleh taufan tropika berlaku di perairan Labuan hingga Khamis ini dan keadaan ini adalah merbahaya untuk aktiviti perkapalan dan pantai, pekerja pelantar minyak, perkhidmatan feri dan perikanan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA