BESUT, 15 Mei -- Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Besut Nawi Mohamad (kiri) menyampaikan cek sumbangan daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada Tuan Yah Tuan Mahmud (empat, kiri), ibu kepada Allahyarham Tengku Asmayuzam Tuan Daud, 36 yang maut setelah ditimpa pokok kekabu ketika mengunjungi rumahnya di sini, hari ini.Sumbangan itu sebagai bantuan kepada enam anak mangsa iaitu Mohd Firdaus, 11, Mohd Adam Aris, 5, Mohd Helmyza Saharudin, 17, Mohd Sahfiz, 13, Mohd Amirul, 15, dan Norshafina Husna, 8, yang kini menjadi anak yatim piatu setelah turut kehilangan bapa Saharuddin Awang Mat, 38, empat tahun lalu kerana sakit.Dalam kejadian kira-kira 6.00 petang di rumah allahyarham di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut Sabtu lalu, Tengku Asmayuzam, seorang pekerja kontrak kebersihan cedera parah setelah pokok kekabu mati yang dibakar dibahagian pangkalnya tumbang lalu menghempap mangsa di bahagian tengkuk. Mangsa ketika itu bersama kakaknya Tuan Kamariah, 53, sedang menyapu sampah di bawah pokok itu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA