JOHOR BAHARU, 28 Jun -- Amy Search bersama kumpulan Projek Pistol membawa lagu "Isi dan Kulit" semasa konsert amal Radio Rosak bagi mengumpul dana untuk Tabung Gaza di Stadium Tertutup Pasir Gudang malam tadi.Konsert itu turut menampilkan kumpulan lain seperti Bunkface, Estranged, Radhi OAG, Triangle Music Centre, Secret Silence and Plague of Happiness.Amy yang ditemui pemberita berkata kumpulan muzik tempatan atau Indie perlu mengadakan lebih banyak persembahan pentas untuk berjaya dalam dunia hiburan.Katanya persembahan pentas yang lebih kerap merupakan usaha baik bagi kumpulan muzik itu untuk membantu meningkatkan mutu persembahan mereka.Sejumlah RM15,000 dapat dikutip bagi tabung itu hasil jualan tiket dan sumbangan pihak swasta.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA