KUALA KRAI, 9 Jun -- MENGUNDANG BAHAYA ... Murid-murid sekolah terpaksa menyeberangi sungai menggunakan titi buluh yang usang dan reput ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Bukit Budu di sini, hari ini.Penduduk kampung itu merayu kepada pihak-pihak berwajib supaya dapat menggantikan titi buluh yang telah digunakan penduduk kampung itu sejak 20 tahun lalu dengan jambatan kekal.Kampung itu yang termasuk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebelum ini diterajui Ismail Yaakob daripada PAS.Pengundi di DUN ini akan menentukan siapa wakil mereka berikutan kematian Ismail pada 22 Mei lepas pada pilihan raya kecil DUN itu yang akan diadakan pada 14 Julai, jika ada pertandingan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA