ALOR SETAR, 15 Jun -- CANTIK ... Deretan batu kristal dijual oleh beberapa pengusaha batu itu di Pusat Rekreasi Gunung Keriang di sini, baru-baru ini.Pelancong boleh mendapatkan batu kristal Gunung Keriang dengan harga serendah RM4 hingga RM12,000 bergantung kepada saiz.Keistimewaan serta keunikan batu kristal menjadi tarikan kepada orang ramai untuk membelinya untuk dibuat perhiasan sama ada di rumah atau pejabat termasuk menjadi aksesori wanita yang pentingkan penampilan penuh gaya.Selain menambah seri, batu kristal juga dipercayai mempunyai unsur penyembuhan dan 'tenaga' tertentu yang membawa kebaikan kepada pemakainya.Batu kristal mempunyai tiga jenis iaitu duri atau dikenali juga sebagai cubung kristal, bunga kristal dan bunga pokok kristal.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA