KUALA LUMPUR, 18 Jun -- Lena Udin, pembantu rumah dari Indonesia berusia lewat 40-an memangku anak majikannya Megat Iskandar, 3, ketika di ditemu bual BERNAMA di Pesona Villa, Ampang-Hulu Klang di sini, baru-baru ini.Lena yang merupakan pembantu kepada pasangan Mohd Izaree Azman, 29, dan Raja Nur Azila Raja Kamaruzaman, 30, itu mengakui bukan semua majikan tidak baik dan majikannya melayannya seperti anggota keluarga sejak bekerja di negara ini November tahun lepas.Dengan bayaran gaji bulanan RM400 tugas utamanya adalah menjaga dan menguruskan dua anak majikannya iaitu Megat Iskandar dan Megat Irfan yang baru berusia sembilan bulan, selain melakukan kerja-kerja rumah lain.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA