KUALA LUMPUR, 18 Jun -- Beberapa anggota Pegawai Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) giat melakukan pemeriksaan semasa Operasi Bersepadu ke atas kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan dalam 'Operasi Halang' di sini, hari ini. Operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasa DBKL itu melibatkan seramai 34 anggota DBKL, tiga anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lima anggota Imigresen dan sembilan anggota Jabatan Alam Sekitar.Dalam operasi itu, sebanyak 29 kesalahan letak kenderaan dan enam kesalahan menghalang halangan dikesan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA