PULAU PINANG, 3 Jun -- DIBURU ... Gambar Teng Kok How, 18, yang dikehendaki polis dalam siasatan kes bunuh seorang lelaki dipercayai seorang peminjam wang haram "Ah Long" di Sungai Nibong, Isnin lalu.Selain Teng, polis juga sedang mengesan tiga yang lain iaitu seorang remaja berusia 15 tahun, Hing Thean Wo, 21, dan Harry Tan Cheang Yu, 23, berhubung kematian Sin Chee Loon, 25, yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat dipukul sekumpulan 12 lelaki semasa cuba mengutip hutang.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA