KUANTAN, 27 Jun -- Yong Ye Cheng, 27, menerima ucapan tahniah daripada keluarganya selepas berjaya menamatkan latihan asas pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika ditemui pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Pegawai APMM Siri 2/2008 di sini, hari ini.Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Pengarah APMM Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish.Antara objektif latihan berkenaan ialah untuk membentuk fizikal, mental serta disiplin yang tinggi selain memberi pengetahuan mengenai pengoperasian kapal dan pengetahuan dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan di zon maritim Malaysia.Daripada jumlah itu, seramai 33 pegawai yang dilantik adalah berpangkat Leftenan Maritim dan selebihnya merupakan Leftenan Muda Maritim.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA