KUANTAN, 5 Jun -- SEDIH ... Norhaya Japar, 39, ibu kanak-kanak istimewa Norlaila Sarah Marzuki, 8, tidak dapat menahan sebak selepas kaki kiri anaknya itu tersangkut dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Pelindung Maju di sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, Norlaila dipercayai tergelincir ke dalam tandas menyebabkan kaki kirinya tersepit sehingga paras paha.Sepasukan enam anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkan kanak-kanak itu dan Norlaila Sarah kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.Kaki kanak-kanak itu mengalami bengkak namun tiada luka dikesan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA