KUANTAN, 20 Jun -- Seramai 200 penduduk di Felda Lepar Hilir 1 di sini mendapat topi keledar baru bagi mengantikan topi keledar lama mereka sempena Program Tukar Ganti Topi Keledar hari ini.Program sehari ini dianjurkan bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalanraya (JKJR) Pahang dan Automobile Association of Malaysia (AAM).Ianya bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan memakai topi keledar dengan betul dan menggunakan topi keledar yang diluluskan Sirim.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA