BA'KELALAN, 1 Jun -- Seorang daripada 11 penuntut Fakulti Pertanian dan Makanan Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Bintulu menunjukkan epal Ba'Kelalan ketika melakukan kajian terhadap epal tersebut di ladang epal di sini, baru-baru ini.Pencapaian kajian tersebut penting untuk memastikan pokok epal yang mampu hidup sekitar 25 hingga 30 tahun dapat dikomersialkan di Ba'Kelalan seperti yang dilakukan di Jawa Timur.Epal Ba'Kelalan yang lebih dikenali sebagai epal Manalagi di Jawa Timur didapati mampu hidup subur di kawasan Ba'Kelalan yang suhunya sekitar 20 darjah celsius.Terdapat beberapa spesies epal yang mula ditanam di situ seperti epal Ba'kelalan (Manalagi), Rome Beauty, Lady williams, Tropical Beauty dan Anna Epal.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA