BALING, 19 Jun -- Penduduk Hutan Simpan Rimba Teloi, Abdul Rahman Ali, 48, (kanan) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di sini, hari ini.Laporan polis tersebut dibuat mengenai pembalakan haram yang berlaku di dalam kawasan kompatman 10 Hutan Simpan Rimba Teloi yang terdapat takungan air untuk projek masyarakat (BAM) kampung berkenaan.Pembalakan haram yang didakwa berlaku sejak tiga bulan lepas itu menyebabkan bekalan air ke kampung itu tercemar.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA