KUALA LUMPUR, 29 Jun -- MUZIK JALANAN ... Seorang pemuzik jalanan menunjukkan bakatnya menghiburkan orang ramai yang menjamu selera di hadapan sebuah restoran berhampiran Pudu Raya ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini.Walaupun hanya berbekalkan sebuah gitar, dendangan lagu daripada pemuzik ini tidak menganggu keasyikan mereka menjamu selera, malah dijadikan sebagai halwa telinga, sementara menunggu ketibaan bas. Dia yang tidak menetapkan sebarang bayaran untuk para 'penontonnya', mampu mendendangkan pelbagai genre lagu dari pelbagai era. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA