BACHOK, 16 Jun -- TRADISI ... Watak Tuan Puteri (kanan) sedang disoal oleh watak Tok Minduk (kiri) dalam persembahan Main Puteri di Kampung Kemasin di sini, hari ini.Main Puteri merupakan persembahan perubatan tradisi masyarakat negeri ini, bertujuan menyembuhkan penyakit berpunca dari rasukan makhluk halus, hilang semangat, ketidakseimbangan tenaga dalaman dan juga gangguan angin.Persembahan itu dipelopori dua watak utama iaitu Tuan Puteri dan Tok Minduk dan diiringi oleh paluan gendang ibu dan anak serta gesekan rebab.Ketika Tuan Puteri tidak sedarkan diri, semangat halus akan meresap ke dalam tubuh Tuan Puteri dan Tok Minduk akan menyoal makhluk halus tersebut untuk memastikan punca penyakit.Kebiasaannya, proses pengubatan ini akan berlarutan sampai tiga malam sehinggalah si pesakit benar-benar sembuh. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA