KUALA LUMPUR, 18 Jun -- Penjual kacang, S. Sivakumar menabur kacang kepada burung-burung merpati liar berhampiran gerai jualannya di hadapan Panggung Coliseum di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini.S. Sivakuma, 62, akan memberi makan kepada burung merpati liar di kawasan tersebut setiap hari sebelum memulakan aktiviti perniagaanya.Beliau yang berasal dari Banting, Selangor dan menetap di Brekfield sebelum ini ia pernah berkerja sebagai pemandu teksi, pengawal keselamatan.Beliau telah menjalankan perniagaan menjual kacang tersebut selama tujuh tahun selepas kesihatannya tidak mengizinkan untuk melakukan kerja lain.Antara kacang yang dijual termasuklah kacang botak, kacang dal, kacang putih, kacang hijau, kacang masin, maruku dan kerepek ubi yang sebahagiannya dihasilkan sendiri. Setiap hari beliau mampu memperolehi pendapatan antara RM30 hinggal RM60. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA