KUALA LUMPUR, 6 Jun -- Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Filateli Pos Malaysia, Yasmin Ramli menunjukkan album setem yang akan dikeluarkan pada 30 Jun ini pada sidang media di Pos Malaysia Berhad di sini, hari ini.Album setem yang mengumpulkan keseluruhan koleksi setem keluaran tahun 2007 akan dijual pada harga RM180 bagi pembeli biasa dan RM150 untuk ahli SODA (Standing Order Deposit Account).Pos Malaysia Berhad turut mengeluarkan setem khas Siri II Alat dan Bahan kesenian yang memaparkan imej alat seni pelbagai kumpulan etnik di Malaysia, Selasa depan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA