PULAU PINANG, 14 Jun -- Pemilik kenderaan, Tan Teng Eong merupakan orang pertama yang mendapatkan rebat tunai RM150 di Pejabat Pos negeri di sini, hari ini.Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan.Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA