PULAU PINANG, 14 Jun -- Pemilik kenderaan berebut untuk mendapatkan nombor giliran masing-masing bagi menuntut rebat tunai ketika tinjauan fotoBernama di pejabat pos negeri di sini, hari ini.Kesesakan di pejabat pos berkenaan berikutan pengumuman kerajaan untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan selepas 1 April.Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan.Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA