PULAU PINANG, 14 Jun -- Pemilik kenderaan berbaris di pintu masuk pejabat pos negeri untuk mendapatkan rebat tunai masing-masing ketika tinjauan fotoBernama di sini, hari ini.Kesesakan di pejabat pos berkenaan berikutan pengumuman kerajaan untuk membayar rebat tunai kepada pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan selepas 1 April.Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan.Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA