MELAKA, 14 Jun -- Orang ramai beratur panjang untuk membuat tuntutan rebat tunai di Pejabat Pos Besar Melaka di sini, hari ini.Tinjuaan fotoBERNAMA mendapati orang ramai mula berbaris memenuhi perkarangan pejabat pos tersebut seawal jam 6.30 pagi bagi membuat tuntutan rebet tunai kenderaan yang dibuka hari ini.Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan. Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA