KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan pelbagai kesalahan undang-undang dalam serbuan di 10 premis menjual rokok elektronik (vape) menerusi operasi khas hari ini.Ops E-Cig Mega itu dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa termasuk Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).Komander Briged Tengah PGA SAC Hakemal Hawari berkata pelbagai kesalahan dikesan di bawah bidang kuasa agensi berkaitan dalam pemeriksaan di kesemua premis terlibat, antaranya operasi tanpa permit, tiada lesen perniagaan yang sah serta kegagalan membayar cukai.-- FotoBERNAMA ( 2026) HAKCIPTA TERPELIHARA