KOTA KINABALU, 6 Jun -- KENANGAN ... Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo (tengah) bergambar bersama keluarga mangsa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua penumpang di Tugu Peringatan Dauble Six sempena majlis Meletakkan Kalungan Bunga bagi memperingati peristiwa itu di Kampung Sembulan, dekat sini, hari ini. Turut hadir Mayor Bandaraya Datuk Iliyas Ibrahim, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Donald Mojuntin, Puan Ho Nyuk Ha, Datin Nancy Mojuntin, Datin Jikilin Binion, Sutera Harbour Resort COO Ravi Kathiravelu, Toh Puan Hajah Rahimah Stephen, Puan Juanita Sulong dan keluarga masing-masing.Nahas kapal terbang itu mengorbankan pemimpin-pemimpin seperti Allahyarham Tun Datuk Mohd Fuad Stephen, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun dan Datuk Darius Binion.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA