KUCHING, 14 Jun -- Pemilik kenderaan, Mazenah Abang menunjukan wang tunai yang diperolehinya selepas membuat tuntutan rebat tunai kenderaan di Pejabat Pos Besar Kuching di sini, hari ini. Kira-kira 1.7 juta pemilik kenderaan persendirian di negara ini yang memperbaharui cukai jalan daripada 1 April hingga 31 Mei lalu layak menuntut rebat tunai pada fasa pertama pembayaran bermula hari ini hingga 31 Mac tahun depan. Manakala Fasa kedua akan di mulakan pada 1 Julai ini bagi pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan sepanjang tempoh antara 1 Jun 2008 hingga 31 Mac tahun depan--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA