BENTONG, 25 Jan -- Anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyusun sebahagian motosikal yang disita pada Op Khas JPJ hari ini.Dalam Op Khas tersebut, JPJ telah menyita enam buah kereta mewah dianggarkan bernilai RM1.5 juta atas pelbagai kesalahan termasuk salah satu daripada kenderaan itu didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.Selain itu dalam operasi yang sama bermula jam enam pagi hingga satu petang, pihak JPJ turut menyita lapan buah motosikal berkuasa tinggi dan 102 buah motosikal di bawah 250cc bernilai kira-kira RM500,000.Keseluruhan saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas itu adalah sebanyak 1,203 notis. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA